AWALI DENGAN BERBASMALLAH

AWALI DENGAN BERBASMALLAH

WEB MASTER PPM MERSING.

Dimaklumkan bahawa Portal Blogger PPM Mersing sedang dalam pembinaan, penambahbaikan, penambahan maklumat dan berita dan kemaskini latar belakang blog.Kesulitan harap dimaafi sekiranya ada gangguan teknikal semasa melihat portal blogger PPM Mersing ini. Harap maklum. Terima kasih.

Web Master : Jurulatih Pengakap ( 4Beads. )

Flash Banner PPM Mersing

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG, SALAM PERSAUDARAAN PENGAKAP
DAN SALAM 1 MALAYSIA .
LAMAN BLOG RASMI :
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH MERSING, JOHOR

CINTA ALLAH - MASJID AL AQSA

CINTA ALLAH - MASJID AL AQSA

KEDUDUKAN GAMBAR RASMI DI RAJA JOHOR

KEDUDUKAN GAMBAR RASMI DI RAJA JOHOR

COUNTDOWN APR 7 DAN 8 OGOS 2010

COUNTDOWN APR 7 DAN 8 OGOS 2010
JAMBORI DI UDARA / A.P.R -RANTAU ASIA PASIFIK

MEMORIAL PENGAKAP MERSING

MEMORIAL PENGAKAP MERSING
TOKOH PENGAKAP

SEJARAH MEMORIAL PENGAKAP MERSING


TUAN HAJI OTHMAN BIN HAJI ABDULLAH
No.K.P : 311114-01-5016
Tarikh Bersara : 14 November 1986
Alamat : 264 Km3, Jalan Endau, 86800 Mersing, Johor

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jawatan yang pernah di sandang dalam Perkhidmatan Pengakap Negeri Johor.

* Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Tugas Khas
* Jurulatih Pengakap Kebangsaan
* Penolong Jurulatih Pengakap Kebangsaan
* Pesuruhjaya Pengakap Daerah Mersing
* Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah ( Pentadbiran )
* Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah ( PLPD )
* Pemimpin Pengakap
* Penolong Pemimpin Pengakap

Antara Pingat dan Anugerah dalam Perkhidmatan Pengakap.

Pingat DYMM Sultan Johor -Pingat Ibrahim Sultan(PIS)
Pingat DYMM Sultan Johor -Pingat Perkhidmatan Lama(PLP)
Pingat DYMM SPB YDP Agong-Pingat Peringatan Negara(PPN)
Pingat DYMM SPB YDP Agong-Pingat Perkhidmatan Seti(PPS)
Pingat Tokoh Pengakap Johor PPM Negeri Johor.
Anugerah Pengakap Raja
Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara.

Antara Nama Bekas ADC - ADC yang pernah berkhidmat di bawah beliau tahun 90an- :

* Encik Basiran Bin Ahmad.
* Encik Kassim Bin Veeran Kutty
* Encik Tan Choon.
* Encik Abdul Jalal Bin Omar
* Encik Zainuddin Bin Haji Abd. Ghafor.
* Puan Hajjah Halimah Bt. Haji Ramli.
* Encik Abd. Rashid Bin Hashim.
* Encik Abu Samah Bin Zainal Abidin
* Encik Mohd Azhar Bin Shasruddin
* Encik Samsuri Bin Boslan
* Encik Ang Hock Kwee
* Encik Mohd Fadzilah Bin Hj. Mohd Ali

Juga nama - nama lain (tidak dapat disenaraikan ) yang turut bersama berkhidmat di bawah Tuan Hj. Othman B. Hj. Abdullah.



Khamis, 24 Jun 2010

EPOLET PANGKAT PPM MALAYSIA

Rabu, 23 Jun 2010

Jambori JOTA - APR 6th 2010

JOTA-APR 6th Jamboree 2010

BERITA 6th APR AIR/INTERNET JAMBOREE
------------------------------------

Sukacitanya dimaklumkan iaitu PPM akan menjadi penganjur JOTA APR kali-6 di Malaysia.Dari itu, diminta kerjasama PPM Johor(JOSRAC) yang mempunyai lesen Radio Amatur berhubung dengan En Den Atan supaya setiap daerah ada MENGENDALIKAN RADIO AMATUR. Setakat ini Muar,Segamat dan Batu Pahat yang bersedia mengaturkan progremnya.

Jamboree APR-6th Air/Internet bermula 7-8hb Ogos 2010 untuk makluman yang berminat Radio Amatur.Terima kasih

13 TH WORLD SCOUT MOOT

13th World Scout Moot


Tarikh : 27 Julai hingga 7 Ogos 2010
Tempat : Rowallan Scout Camp, Nairobi, Kenya

KURSUS KAWAD DAN ISTIADAT PENGAKAP PPM JOHOR.


PESERTA PPM JOHOR UNTUK KURSUS KAWAD DAN ISTIADAT PENGAKAP

15 Jun 2010 - Pasukan Latihan Negeri Johor dengan persetujuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor telah melantik 6 Jurulatih/Penolong Jurulatih daripada negeri Johor untuk hadir Kursus Kawad & Istiadat yang akan diadakan pada :

Tarikh : 01 hingga 04 Julai 2010
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan Tg Labuh Batu Pahat Johor
Bayaran : RM 100.oo seorang
Surat Kementerian Pelajaran Malaysia sedang diuruskan oleh PPM.
Jurulatih/Penolong Jurulatih dipilih adalah seperti berikut:
Daerah Batu Pahat - YM Raja Iskandar Raja Ali,
Daerah Batu Pahat - Tn Hj Ramli Ibrahim
Daerah Johor Bahru - En Afzainizam Ahmad
Daerah KulaiJaya - En Ishak Kodri
Daerah Pontian - En Azhar Noor Rahman
Daerah Muar - En Zainol Hisham Ahmad.
Untuk makluman semua Tuan Pesuruhjaya Daerah dan semua Pengerusi Pasukan Latihan Daerah.Terima kasih.

KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN PPM 2010

Tuesday, June 22, 2010

KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN PPM 2010

Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Kursus Pengurusan Keselamatan pada :

Tarikh : 2-4 Julai 2010
Tempat : Pusat Kokukulum Sultan Hj Ahmad Shah,Kuantan Pahang
Lapor diri : o2.6.2010 jam 2.30-4.30 ptg
Yuran : RM150.00
Peserta : 3 orang Pemimpin Pengakap setiap negeri
Umur : 20-45 tahun

Sila bawa Komputer Riba,Pakaian Pengakap,Pakaian lasak dan aktiviti air. Sesiapa berminat boleh berhubung PLNJ atau sila lihat web:www.msia.scout.org

Jambori 100 dan Jambori ASEAN ke 3.

"Building Common Space"

Jamb 100 dan Jambori ASEAN ke 3

Persatuan Pengakap Singapura akan menganjurkan Jamb 100 dan Jambori ASEAN ke 3 bersempena dengan sambutan 100 tahun usia Kepengakapan di Singapura.

Tarikh : 4hb - 9hb Disember 2010
Tempat : Sarimbun, Singapura
Kelayakan : Pengakap Muda dan Pengakap Remaja (11 - 16 tahun )
Pemimpin Pengakap dan Pengakap Kelana ( IST )
Yuran : Peserta Antarabangsa USD 200
Peserta IST USD 150

Perincian berkaitan perkara di atas boleh diperolehi melalui muat turun dokumen di bahagian Edaran Program Pengakap : Jamb 100 Overseas Circulars.

Penyertaan adalah melalui Persekutuan Pengakap Malaysia dan para Pengakap berdaftar yang ingin menyertai acara tersebut diminta berhubung dengan kakitangan bertanggungjawab pada atau sebelum 31hb Julai 2010:

Kakitangan : En. Abdul Rahim Abdul Hamid
Pen. Setiausaha ( Program )
: 017-6156880

Jambori Pengakap Rantau Asia Pasifik- 27th APR Jamboree



"Scout ; Embrace the earth"

Jambori Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 27



Persatuan Pengakap Korea akan menganjurkan Jambori Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 27 bersama Jambori Antarabangsa Patrol ke 3 di tapak jambori Suncheon.

Tarikh : 4hb - 9hb Ogos 2010
Tempat : Tapak jambori Suncheon
Wilayah Jeolla
Kelayakan : Pengakap Muda dan Pengakap Remaja (12 - 17 tahun )
Pemimpin Pengakap dan Pengakap Kelana ( 18 - 45 tahun )
Yuran : Peserta Antarabangsa USD 200

Perincian berhubung perkara di atas boleh dimuat turun melalui Edaran Program Pengakap:

APR Cir. No. 4 2010 : 27th APR Jamboree
Halaman Web : www.jamboree.or.kr

Penyertaan adalah melalui Persekutuan Pengakap Malaysia dan para Pengakap berdaftar yang ingin menyertai acara tersebut diminta berhubung dengan kakitangan bertanggungjawab:

Kakitangan : En. Abdul Rahim Abdul Hamid
Pen. Setiausaha ( Program )
: 017-6156880

Ahad, 13 Jun 2010

PIALA DUNIA FIFA 2010



PERINGATAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA





Undang-Undang Pengakap

Undang-Undang Pengakap
Undang-Undang Pengakap Persesekutuan Pengakap Malaysia mesti dengan selalunya dikeluarkan dan dilafazkan mengikut pematuhan spesifikasi sepenuhnya seperti berikut:
  • Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
  • Pengakap adalah seorang yang taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan   

  • Raja-Raja, Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya serta orang-orang di bawahnya.

  • Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa.

  • Pengakap adalah sehabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa pun negara, negeri, bangsa, pangkat dan agamanya.

  • Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya.

  • Pengakap adalah baik dan kasih kepada haiwan.

  • Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perentah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya tanpa persoalan.

  • Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan sentiasa senyum walaupun semasa kesusahan.

  • Pengakap sentiasa berjimat dan cermat.
  • Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Sabtu, 12 Jun 2010

AKTA PENUBUHAN PPM MALAYSIA

Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (The Scouts Association of Malaysia, PPM) adalah merupakan satu badan berpakaian seragam yang telah ditubuh dan dikawal selia secara langsung oleh Akta Parlimen Akta No. 38 tahun 1968; Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 dengan pindaan Akta Parlimen Akta No. 143tahun 1974; Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1974 dan semakan Akta Parlimen Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968.
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia adalah merupakan sebahagian dari Pergerakan Pengakap sejagat dan menganggotai World Organization of the Scout Movement (WOSM).

Kursus Pengakap Raja

Rujukan Pasukan Latihan Pengakap Daerah Mersing

Pentadbiran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Mersing Johor

Rujukan Pentadbiran Pengakap Mersing, Johor.

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tahun 2010

Rujukan Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Mersing

Kursus Manik Kayu Pemimpin Pengakap

Rujukan Pasukan Latihan Pengakap Negeri Johor

BERITA TERKINI

KEMAS KINI BLOG PPM MERSING