AWALI DENGAN BERBASMALLAH

AWALI DENGAN BERBASMALLAH

WEB MASTER PPM MERSING.

Dimaklumkan bahawa Portal Blogger PPM Mersing sedang dalam pembinaan, penambahbaikan, penambahan maklumat dan berita dan kemaskini latar belakang blog.Kesulitan harap dimaafi sekiranya ada gangguan teknikal semasa melihat portal blogger PPM Mersing ini. Harap maklum. Terima kasih.

Web Master : Jurulatih Pengakap ( 4Beads. )

Flash Banner PPM Mersing

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG, SALAM PERSAUDARAAN PENGAKAP
DAN SALAM 1 MALAYSIA .
LAMAN BLOG RASMI :
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH MERSING, JOHOR

CINTA ALLAH - MASJID AL AQSA

CINTA ALLAH - MASJID AL AQSA

KEDUDUKAN GAMBAR RASMI DI RAJA JOHOR

KEDUDUKAN GAMBAR RASMI DI RAJA JOHOR

COUNTDOWN APR 7 DAN 8 OGOS 2010

COUNTDOWN APR 7 DAN 8 OGOS 2010
JAMBORI DI UDARA / A.P.R -RANTAU ASIA PASIFIK

MEMORIAL PENGAKAP MERSING

MEMORIAL PENGAKAP MERSING
TOKOH PENGAKAP

SEJARAH MEMORIAL PENGAKAP MERSING


TUAN HAJI OTHMAN BIN HAJI ABDULLAH
No.K.P : 311114-01-5016
Tarikh Bersara : 14 November 1986
Alamat : 264 Km3, Jalan Endau, 86800 Mersing, Johor

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jawatan yang pernah di sandang dalam Perkhidmatan Pengakap Negeri Johor.

* Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Tugas Khas
* Jurulatih Pengakap Kebangsaan
* Penolong Jurulatih Pengakap Kebangsaan
* Pesuruhjaya Pengakap Daerah Mersing
* Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah ( Pentadbiran )
* Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah ( PLPD )
* Pemimpin Pengakap
* Penolong Pemimpin Pengakap

Antara Pingat dan Anugerah dalam Perkhidmatan Pengakap.

Pingat DYMM Sultan Johor -Pingat Ibrahim Sultan(PIS)
Pingat DYMM Sultan Johor -Pingat Perkhidmatan Lama(PLP)
Pingat DYMM SPB YDP Agong-Pingat Peringatan Negara(PPN)
Pingat DYMM SPB YDP Agong-Pingat Perkhidmatan Seti(PPS)
Pingat Tokoh Pengakap Johor PPM Negeri Johor.
Anugerah Pengakap Raja
Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara.

Antara Nama Bekas ADC - ADC yang pernah berkhidmat di bawah beliau tahun 90an- :

* Encik Basiran Bin Ahmad.
* Encik Kassim Bin Veeran Kutty
* Encik Tan Choon.
* Encik Abdul Jalal Bin Omar
* Encik Zainuddin Bin Haji Abd. Ghafor.
* Puan Hajjah Halimah Bt. Haji Ramli.
* Encik Abd. Rashid Bin Hashim.
* Encik Abu Samah Bin Zainal Abidin
* Encik Mohd Azhar Bin Shasruddin
* Encik Samsuri Bin Boslan
* Encik Ang Hock Kwee
* Encik Mohd Fadzilah Bin Hj. Mohd Ali

Juga nama - nama lain (tidak dapat disenaraikan ) yang turut bersama berkhidmat di bawah Tuan Hj. Othman B. Hj. Abdullah.



Jumaat, 30 Julai 2010

LENCANA KEMAHIRAN PPM DILULUSKAN- Daripada PLNJ PPM JOHOR





IBUPEJABAT PPM-21 Julai 2010.

Didalam Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negara pada 10 Julai 2010,di Ibupejabat PPM BP-House,Jln Hang Jebat K.Lumpur dengan sukacitanya memutuskan iaitu Lencana Edisi Baru DIBENARKAN untuk digunapakai bagi ujian Pengakap Kanak-Kanak,Pengakap Muda,Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana.
Merujuk surat PPM-2(468)2010 btkh 21Julai 2010
Makluman PMM Johor-Lencana Edisi Baru boleh didapati dengan
1.Kedai Scoutjb
2.En Ng Cheng Tong
3.Ibrahim Abdullah-HP 0137014105



Rabu, 28 Julai 2010

JAMBORI 100 TAHUN PENGAKAP SINGAPURA / JAMBORI ASEAN KE - 3




Tarikh : 4 hingga 9 Disember 2010

Tempat : Sarimbun Camp, Singapura

Penganjur : Scout Association Of Singapore


Yuran Pendaftaran Penyertaan Seorang : USD200.00 (P. Muda/P.Remaja) /
USD150.00 (Pemimpin Pengakap)
Meliputi penginapan dalam khemah, makan minum, aktiviti & kit jambori

Yuran Kontinjen : RM20.00 seorang

Tarikh Tutup Penerimaan Borang/Yuran : 30 Oktober 2010 (Sabtu)

Ketua Kontinjen Negeri Johor : En. Mohd Khairi bin Jailani

Sebarang keterangan lanjut & pertanyaan sila berhubung dengan en. Mohd Khairi Jailani.

TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN AL MARHUM AYAHANDA TUAN MOHD ASIK BIN SAIM, PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH BATU PAHAT JOHOR DAN KELUARGA.



Persekutuan Pengakap Malaysia
DAERAH MERSING
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

merakamkan ucapan takziah
kepada En Mohd Asik bin Saim,
(Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat)
dan ahli keluarga)

AL-FATIHAH

Kepada Ayahanda Tuan DC Batu Pahat, Johor telah kembali ke Rahmatullah pada Hari Isnin
27 Julai 2010. Bersama kita panjatkan doa semoga roh al-marhum ayahanda tuan dicucuri rahmat-Nya serta ditempatkan bersama-sama golongan orang - orang yang beriman , syuhada , solihin dan sodiqin serta ahli-ahli syurga. Amin.

Ahad, 25 Julai 2010

GAMBAR KENANGAN MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR BIL 1 / 2010


PPM MERSING MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN KEBERLANGSUNGAN MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR BIL 1 / 2010 YANG DIADAKAN PADA 24 JULAI 2010.


Selasa, 20 Julai 2010

PROMOSI PENDAFTARAN PENGAKAP KELANA LAUT "B" MERSING.

PROMOSI PENDAFTARAN PENGAKJajarkan ke TengahAP KELANA LAUT "B" DAERAH MERSING
TAWARAN : 20 AHLI PERTAMA MENDAFTAR DI LANTIK SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA KUMPULAN
Pertanyaan lanjut sila hubungi :
Encik Hasbullah Jelani,
ADC Pengakap Kelana
D/a SMK Mersing, Johor.
Talian : 019 - 7573090


( Klik di sini untuk borang )

BORANG KEAHLIAN PENGAKAP KELANA LAUT 'B' MERSING

JAMBORI - JAMBORI JULAI HINGGA DISEMBER 2010

27TH APR SCOUT JAMBOREE/3RD INTERNATIONAL PATROL JAMBOREE
4 - 9 Ogos 2010
Suncheon, Korea

NORTH MALAYSIA-SOUTH THAILAND JAMBOREE - JAMBORI PENGAKAP KELANTAN
10 - 15 Oktober 2010
Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan

53rd JAMBOREE ON THE AIR (JOTA)
16 - 17 Oktober 2010
Seluruh Dunia

14th JAMBOREE ON THE INTERNET (JOTI)
16 - 17 Oktober 2010
Seluruh Dunia

SINGAPORE CENTENARY JAMBOREE-3RD ASEAN JAMBOREE
4 - 9 Disember 2010
Sarinbun Camp, Singapore

JAMBORI BUDAYA BORNEO PERTAMA
14 - 19 Disember 2010
Sambas, Kalimantan

HONG KONG SCOUTS CENTENARY JAMBOREE
27 Disember 2010 - 1 Januari 2011
Penny's Bay, Hong Kong

Isnin, 19 Julai 2010

PERHIMPUNAN KELANA KEBANGSAAN THAILAND KE 19



"Rover Scout take good care of environment"

Perhimpunan Kelana Kebangsaan Thailand ke 19

Persatuan Pengakap Thailand akan menganjurkan Perhimpunan Kelana Kebangsan Thailand ke 19 "Ratchaburi Moot 2010".

Tarikh : 21hb - 25hb Oktober 2010
Tempat : Kem Tentera Burachatra
Wilayah Ratchaburi
Kelayakan : Pemimpin Pengakap dan Pengakap Kelana ( 18 - 45 tahun )
Yuran : USD 100

Perincian berhubung perkara di atas boleh dimuat turun melalui Edaran Program Pengakap:

Surat Jemputan : 19th National Rover Moot Thailand
Halaman Web : http://www.thairovermoot.com

Penyertaan adalah melalui Persekutuan Pengakap Malaysia dan para Pengakap berdaftar yang ingin menyertai acara tersebut diminta berhubung dengan kakitangan bertanggungjawab pada atau sebelum 30 hb. September 2010.

Kakitangan : En. Abdul Rahim Abdul Hamid
Pen. Setiausaha ( Program )
: 017-6156880

Ahad, 18 Julai 2010

LAMAN WEB INTERAKTIF / INTERACTIVE WEB SITE


LOGO RASMI LAMAN WEB INTERAKTIF
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia
--------------------------------------------------------------------------------

DI PERSILAKAN SELURUH WARGA PENGAKAP DAERAH MERSING KHUSUSNYA DAN SELURUH WARGA PENGAKAP JOHOR AMNYA BERKUNJUNG KE LAMAN WEB INTERAKTIF PERSEKUTUAN PENGAKAP - PENGAKAP MALAYSIA. ( Klik Pada Logo )


Syarat dan Peraturan

Perjalanan laman sesawang interaktif ini adalah berpaksikan:

1.Prinsip Pengakap, Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap.
2.Syarat dan Peraturan yang telah ditetapkan di bahagian Pengisytiharan Laman Web

Di dalam keadaan di mana Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia berikhtiar untuk menyediakan dan mengekalkan laman sesawang interaktif ini:


1. Adalah diharapkan agar pengunjung laman ini bersifat sebagai Pengakap. Berpegang kepada Prinsip Pengakap, Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap.



2.Perbincangan berkenaan isu-isu Dasar Persekutuan dan isu-isu berkenaan individu adalah dilarang sama sekali untuk menjaga keharmonian Persekutuan. Pengunjung boleh berhubung secara terus dengan Persekutuan dan individu tertentu untuk meleraikan permasalahan tersebut secara beretika.

Kerjasama dari para pengunjung adalah diharapkan untuk memastikan kewujudan laman sesawang interaktif ini terus kekal dan bermanfaat untuk perkembangan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.


Syarat dan Peraturan interaksi.
1.Interaksi Perbualan hendaklah berpaksikan kepada:
•Prinsip Pengakap.
•Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap.

TAHNIAH ! PASUKAN PENGAKAP 01 PPM JOHOR - TETAMU MALAYSIA HARI INI TV3

Tahniah kepada pasukan pengakap 01 Sekolah Tinggi Kluang kerana telah dipilih untuk menjadi tetamu di dalam Malaysia Hari Ini (MHI). Mereka telah di temubual pada hari Isnin, 18 Januari 2009.
Pasukan pegakap yang telah diketuai oleh Encik Megat Mohd. Nizar juga mendemonstrasikan kawad tongkat di dalam rancangan tersebut. Pihak sekolah mengucapka setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Pengakap 01 kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah.





Selasa, 13 Julai 2010

JAMBORI BUDAYA SERUMPUN MALAYSIA DAN INDONESIA - GAMBAR KENANGAN PEMIMPIN TERTINGGI PENGAKAP

GAMBAR KENANGAN KEHADIRAN PEMIMPIN TERTINGGI PENGAKAP
" Sekalung Budi Terima Kasih Kehadiran "
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor - Tuan Haji Yaacob A Karim ,
Pengarah Pelajaran Negeri Johor - Y.Bhg Tuan Haji Sufaat Tumin ,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - Y.Bhg Tan Sri Haji Alimudin Mohd Dom
dan
Ketua Pengakap Negara, Y.Bhg Dato' Seri Dr. Hj. Shafie Hj. Mohd Salleh.

Jumaat, 9 Julai 2010

GAMBAR KENANGAN KURSUS KAWAD DAN ISTIADAT PENGAKAP 2010 PERINGKAT PPM NEGERI JOHOR DI KEM PENGAKAP TANJUNG LABUH.

 

BARISAN JURULATIH PENGAKAP PPM NEGERI JOHOR
Turut Bersama Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor
dan
Setiausaha Kerja Latihan Pengakap Negara PPM Malaysia.




LAWATAN KEHADIRAN Y.BHG DATO' HAJI KAHARUDDIN BIN MOMIN ,
KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA
BERSAMA
TUAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR (Di Tengah)
DAN
TUAN HJ. RAHMAT B. JAFFAR,
SETIAUSAHA KERJA LATIHAN PENGAKAP NEGARA
( Sebelah Kiri Tuan KPP Negeri Johor ).




Barisan Peserta Kursus dan Jurulatih Pengakap Negeri Johor.
BERSAMA Y.Bhg Tuan Haji Abdul Shukor Bin Mohsin,
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA ( LATIHAN )
PPM MALAYSIA
( Majlis Penutupan Kursus Kawad dan Istiadat Pengakap PPM Johor
oleh Timbalan KPPN - Latihan PPM Malaysia )