AWALI DENGAN BERBASMALLAH

AWALI DENGAN BERBASMALLAH

WEB MASTER PPM MERSING.

Dimaklumkan bahawa Portal Blogger PPM Mersing sedang dalam pembinaan, penambahbaikan, penambahan maklumat dan berita dan kemaskini latar belakang blog.Kesulitan harap dimaafi sekiranya ada gangguan teknikal semasa melihat portal blogger PPM Mersing ini. Harap maklum. Terima kasih.

Web Master : Jurulatih Pengakap ( 4Beads. )

Flash Banner PPM Mersing

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG, SALAM PERSAUDARAAN PENGAKAP
DAN SALAM 1 MALAYSIA .
LAMAN BLOG RASMI :
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH MERSING, JOHOR

CINTA ALLAH - MASJID AL AQSA

CINTA ALLAH - MASJID AL AQSA

KEDUDUKAN GAMBAR RASMI DI RAJA JOHOR

KEDUDUKAN GAMBAR RASMI DI RAJA JOHOR

COUNTDOWN APR 7 DAN 8 OGOS 2010

COUNTDOWN APR 7 DAN 8 OGOS 2010
JAMBORI DI UDARA / A.P.R -RANTAU ASIA PASIFIK

MEMORIAL PENGAKAP MERSING

MEMORIAL PENGAKAP MERSING
TOKOH PENGAKAP

SEJARAH MEMORIAL PENGAKAP MERSING


TUAN HAJI OTHMAN BIN HAJI ABDULLAH
No.K.P : 311114-01-5016
Tarikh Bersara : 14 November 1986
Alamat : 264 Km3, Jalan Endau, 86800 Mersing, Johor

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jawatan yang pernah di sandang dalam Perkhidmatan Pengakap Negeri Johor.

* Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Tugas Khas
* Jurulatih Pengakap Kebangsaan
* Penolong Jurulatih Pengakap Kebangsaan
* Pesuruhjaya Pengakap Daerah Mersing
* Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah ( Pentadbiran )
* Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah ( PLPD )
* Pemimpin Pengakap
* Penolong Pemimpin Pengakap

Antara Pingat dan Anugerah dalam Perkhidmatan Pengakap.

Pingat DYMM Sultan Johor -Pingat Ibrahim Sultan(PIS)
Pingat DYMM Sultan Johor -Pingat Perkhidmatan Lama(PLP)
Pingat DYMM SPB YDP Agong-Pingat Peringatan Negara(PPN)
Pingat DYMM SPB YDP Agong-Pingat Perkhidmatan Seti(PPS)
Pingat Tokoh Pengakap Johor PPM Negeri Johor.
Anugerah Pengakap Raja
Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara.

Antara Nama Bekas ADC - ADC yang pernah berkhidmat di bawah beliau tahun 90an- :

* Encik Basiran Bin Ahmad.
* Encik Kassim Bin Veeran Kutty
* Encik Tan Choon.
* Encik Abdul Jalal Bin Omar
* Encik Zainuddin Bin Haji Abd. Ghafor.
* Puan Hajjah Halimah Bt. Haji Ramli.
* Encik Abd. Rashid Bin Hashim.
* Encik Abu Samah Bin Zainal Abidin
* Encik Mohd Azhar Bin Shasruddin
* Encik Samsuri Bin Boslan
* Encik Ang Hock Kwee
* Encik Mohd Fadzilah Bin Hj. Mohd Ali

Juga nama - nama lain (tidak dapat disenaraikan ) yang turut bersama berkhidmat di bawah Tuan Hj. Othman B. Hj. Abdullah.



Isnin, 30 Ogos 2010

Tilawah Al-Quran Persekutuan Pengakap Malaysia


Tilawah Al-Quran Persekutuan Pengakap Malaysia

Majlis Pengakap Negeri Kedah akan menganjurkan Tilawah A-Quran Peringkat Negeri Kedah kali ke 16 dan Peringkat Kebangsaan kali Pertama bertempat di Pusat Latihan KEDA.

Tarikh:1hb - 3hb September 2010
Tempat:Pusat Latihan KEDA
Sik
Kelayakan:Pengakap Muda atau Pengakap Remaja

Perincian berhubung perkara di atas boleh dimuat turun melalui Edaran Program Pengakap:

PPM- KPPNK(53):Surat Jemputan ke Majlis Tilawah

Penyertaan adalah melalui Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri dan Pengakap berdaftar yang ingin menyertai acara tersebut diminta berhubung dengan kakitangan bertanggungjawab.

Kakitangan:Tuan Haji Hassan bin Hassim
Pengerusi AJK Kerja Tilawah
019-414 5651
:En. Ismail bin Ku Ishak
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah
019-400 2302

Jambori Ulang Tahun ke 100 Pengakap Hong Kong


Jambori Ulang Tahun ke 100 Pengakap Hong Kong

Persatuan Pengakap Hong Kong akan menganjurkan Jambori Ulang Tahun ke 100 Pengakap Hong Kong di Teluk Penny's.

Tarikh:27hb Disember 2010 - 1 Januari 2011
Tempat:Teluk Penny's
Pulau Lantau
Kelayakan:Pengakap Muda, Pengakap dan Pengakap Kelana ( 12 - 25 tahun )
Yuran Jambori:USD 150
Yuran Kontijen:RM 300

Perincian berhubung perkara di atas boleh dimuat turun melalui Edaran Program Pengakap:

APR Cir. No. 14 Series 2010:Hong Kong Scout Centenary Jamboree
PPM-7(55)2010:Surat Jemputan PPM
KP(BPSH-SPDK)201/002/01/Jil.50(13):Surat Pelepasan

Kontijen Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia akan diketuai oleh En. Chang Ah Sang, Pesuruh Jaya Ibu Pejabat Kebangsaan Unit Antarabangsa.

Penyertaan adalah melalui Persekutuan Pengakap Malaysia dan para Pengakap berdaftar yang ingin menyertai acara tersebut diminta berhubung dengan kakitangan bertanggungjawab pada atau seb
elum 30 hb. September 2010.

Kakitangan:En. Abdul Rahim Abdul Hamid
Pen. Setiausaha ( Program )
:017-6156880

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53, 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 MALAYSIA, MENJANA TRANSFORMASI.
1 PENGAKAP, 1 MALAYSIA

Ahad, 8 Ogos 2010

MESYUARAT JAMBORI 2010 - ONE LANDS SCOUT JAMBOREE KELANTAN

Satu Mesyuarat Penyelarasan JK Jambori ONE LAND SCOUTS JAMBORI di Kelantan akan diadakan pada

Tarikh: 14 Ogos 2010 (Sabtu)
Tempat: SMK Paduka Tuan,Jln Genuang Segamat
Pakaian: Uniform Pengakap
Masa: 9.00 pagi
Kehadiran:Semua DC atau wakilkan.

DC Segamat En Ismail Hj Buang telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen JOHOR..TAHNIAH.

Butiran lanjut berkenaan Jambori adalah seperti:

Tarikh: 10-15 Oktober 2010
Tempat: Kem Kijang Kota Bahru Kelantan
Tema : ONE LAND ONE SCOUT CULTURE
Yuran:RM80.00
Aktiviti: Lawatan,halangan,indaba,kebudayaan,xpdc,permainan,radio amatur,dll
Tarikh tutup permohonan:30 Ogos 2010

Borang penyertaan diperolehi dari DC anda.Permohonan pelepasan cuti dalam proses-plnj

MENJUNJUNG KASIH TUANKU, DAULAT TUANKU


MENJUNJUNG KASIH KEBERANGKATAN DYMM TUANKU SULTAN JOHOR
KE SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MERSING PERAYAAN 100 TAHUN

MENJUNJUNG DULI TUANKU DYMM TUANKU SULTAN JOHOR DI ATAS KEBERANGKATAN TUANKU MELIHAT DAN MELAWAT PERKHEMAHAN PENGAKAP DI PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MERSING SEMPENA PERAYAAN 100 TAHUN

Menjunjung kasih di atas keberangkatan tuanku ke Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing, Mersing, Johor bagi merasmikan perayaan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing pada Hari Ahad 8 Ogos 2010 jam 5.00 Petang dalam program Kembara Mahkota Johor Fasa 2. Juga menjunjung Duli Tuanku kerana sudi melawat dan melihat perkhemahan pengakap di padang Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing. Daulat Tuanku.

Khamis, 5 Ogos 2010

Asia-Pasifik Air/Internet Jambori ke-6


Persekutuan Pengakap Malaysia dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Jambori Di Udara / Internet Rantau Asia-Pasifik ke 6 yang akan berlangsung pada 7hb - 8hb Ogos 2010 di seluruh rantau Asia-Pasifik .

Sehubungan dengan itu, PPM Negeri Johor akan membuka stesen perhubungan/internet pada 7 dan 8 Ogos 2010 di lokasi-lokasi berikut :-

Daerah Muar - 9M4SJU - SMK Sg Abong, Muar

Daerah Kulaijaya - 9M4SJJ - Padang SK Sedenak, Kulaijaya

Daerah Batu Pahat - 9M4DJF - SMK Semerah, Batu Pahat

Daerah Segamat - 9M4SJI - Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Segamat

Dijemput semua ahli Pengakap/Pemimpin dan orang awam (ibubapa/penjaga/sekeluarga) ke Jambori JOTA/JOTI, julung-julung kali diasakan di daerah anda.

Kehadiran anda akan menambahkan pengetahuan tatacara penggunaan RADIO AMATUR ketika berhubung di anatar lokasi setempat dengan lokasi lain sehingga rantau Asia Pasifik.

JOTA - Jamboree On The Air
JOTI - Jamboree On The Internet

Isnin, 2 Ogos 2010

SELAMAT HARI PENGASAS BP.



PPM Mersing dengan sukacitanya mengucapkan

SELAMAT HARI PENGASAS "BADEN POWELL"

yang disambut setiap 1 Ogos.

Ucapan kepada Ketua Pengakap Negara,Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara,Semua Ketua Pesuruhjaya Negeri,Semua Penolong Pesuruhjaya Negeri,Semua Pesuruhjaya Daerah,Semua Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap dan Ahli PPM khasnya.